Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang hari ini mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding kerusi negeri, tetapi akan memberi tumpuan kepada kerusi Parlimen Gelang Patah dalam pilihan raya umum ke-13.

Sambil menafikan khabar angin mengenainya, Lim berkata, beliau tidak pernah berhasrat untuk bertanding kerusi negeri.

"Ada yang mengkritik saya kerana tamak, tetapi saya tidak mempunyai niat untuk bertanding kerusi negeri," kata Lim kepada Malaysiakini .

NONE Pemimpin veteran DAP itu juga membuat pengumuman rasmi mengenai perkara itu di satu majlis di Johor Jaya pagi ini.

Sebelum ini terdapat spekulasi bahawa Lim mengintai kawasan Johor

Jaya selepas menerima sambutan menggalakkan dari penduduk Johor.

Lim berkata DAP sebaliknya mencadangkan ahli Jawatankuasa Pemuda DAP, Liow Cai Tung (kiri) bertanding kerusi tersebut, sekiranya ia mendapat persetujuan rakan parti dalam Pakatan.

"Rundingan agihan kerusi bagi kawasan Johor Jaya masih berjalan, tetapi calon kami adalah Liow," kata Lim.

[Baca berita penuh]

ADS