Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan memastikan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kalah dalam pilihan raya umum ke-13 di Perak.

Selain itu, beliau turut meramalkan, Anwar juga mungkin tidak akan bertanding di kerusi yang telah dimenangi Umno di negeri itu.

NONE "Saya pasti dia akan bertanding di kerusi yang bukan dimenangi oleh BN. Sama ada dia (Anwar) atau calon lain (yang bertanding), lawan tetap lawan.

"Kita akan pastikan dia (Anwar) kalah," katanya kepada media selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Ditanya sama ada Umno gentar dengan kehadiran Anwar ke Perak, Zahid yang juga ahli parlimen Bagan Datoh berkata:

"Kita tak gentar sebagaimana Lim Kit Siang ke Johor."

Selain itu, ditanya sama ada BN akan menang di Perak dengan dua pertiga majoriti, Zahid yang juga naib presiden Umno berkata, kerja keras yang luar biasa perlu dilakukan untuk merealisasikannya.

Beliau juga berkata, selain memastikan kerusi yang dimenangi sebelum ini kekal, BN Perak juga akan memastikan peristiwa pada tahun 2008 berulang kembali.

"Insya-Allah. BN Perak akan menang tapi untuk dapat dua pertiga, kita perlukan kerja yang luar biasa. Tapi kita yakin pengundi Melayu dan India memberi sokongan yang kuat namun kita akan usaha untuk dapatkan undi yang melebihi daripada (jumlah) undi yang di berikan pada 2008.

"Fokus bukan sahaja di kawasan (yang menang tipis) berkenaan tetapi pengekalan kawasan berkenaan.

"Kita tak mahu peristiwa 2008 berulang lagi di kawasan itu," katanya lagi.

ADS