Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Husam lihat peluang lebih 50 peratus di Putrajaya

Naib presiden PAS Datuk Husam Musa memberi petunjuk jelas bahawa beliau akan bertanding di kawasan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan di Putrajaya.

Husam yang ditemui semasa mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat hari ini berkata, beliau meletakkan peluang lebih 50 peratus untuk memenangi kawasan tersebut.

"Ada dalam cadangan, keputusan dah ada biar pemimpin umumkan.

"Macam mana peluang (bertanding), nampak lebih daripada 50 peratus," katanya kepada pemberita.

Laporan sebelum ini menyebut, PAS kawasan Putrajaya berhasrat untuk meletakkan Husam untuk bertanding di kawasan parlimen itu.

Husam bakal berdepan dengan setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang dijangka mempertahankan kerusi tersebut, sekiranya diumumkan sebagai calon PAS untuk kawasan Putrajaya.

[Baca berita penuh]

ADS