Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kumpulan dakwa bapa Saiful perolok institusi diraja
Diterbitkan:  Apr 5, 2013 11:03 AM
Dikemaskini: 7:40 AM

Polis diminta menjalankan siasatan rapi terhadap bapa Mohd Saiful Bukhari yang didakwa cuba mencemarkan institusi diraja berhubung kes liwat pada Disember 2010.

Presiden Badan Bertindak Anti Penyelewengan Negeri Kedah Khairul Anuar Ramli membuat laporan polis terhadap tindakan Azlan Mohd Lazim yang didakwa berniat jahat, tidak bertanggungjawab dan cuba memperolok-olokkan serta mencemarkan institusi diraja.

Beliau mendakwa pada 14 Disember 2010 lalu, Azlan selaku bapa kepada Mohd Saiful Bukhari, yang didakwa sebagai mangsa kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong ketika itu Tuanku Mizan Zainal Abidin meminta baginda campurtangan supaya mempercepatkan prosiding mahkamah yang telah ditangguh berkali-kali oleh Anwar.

"Konon atas alasan keadilan ke atas anaknya, Saiful Bukhari," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim di Kulim hari ini.

Laporan polis itu berhubung dengan tindakan Azlan yang telah bersikap sebaliknya dengan mendakwa dakwaan terhadap Anwar itu adalah satu konspirasi pada 8 Mac lepas.

"Saya dengan tegas mempertikaikan tindak-tanduk perbuatan biadab Azlan ini dan mendesak dia bertanggungjawab serta membuat permohonan maaf secara terbuka kepada institusi diraja," katanya

Turut membuat laporan sama adalah Timbalan Pesuruhjaya Pertubuhan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Negeri Kedah Saiful Ambar Abdullah Ambar.

- Bernama

ADS