Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Seramai 3,000 anggota Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (Nube) hari ini turun ke jalan raya dalam piket mengkritik majikan masing-masing hari ini.

Berkumpul di depan ibu pejabat Maybank di Kuala Lumpur sekitar jam 2 petang, mereka mengemukakan sepuluh tuntutan, antaranya menghentikan dakwaan eksploitasi pekerja dan layanan buruk terharap pekerja hamil.

NUBE protest Mereka melaungkan pelbagai slogan anti-Maybank dan CIMB sepanjang perjalanan menuju ke CIMB di Menara UOA tidak jauh dari situ.

Acara itu yang dinamakan "Piket Daulat 6413" itu bersempena ulang tahun pertama pertemuan NUBE dengan perdana menteri pada 6 April tahun lalu.

Setiausaha Agung NUBE J Solomon berkata, ketika bank menolak permintaan kenaikan 51 peratus gaji dalam tempoh tiga tahun sebagai "berlebihan", pengurusan atasan sebaliknya menikmati kenaikan tahunan sebanyak 53 peratus.

ADS