Jawatankuasa pemandu BERSIH menolak gesaan bekas naib pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim supaya menandatangani ikrar untuk memastikan pilihan raya akan datang berlangsung dengan aman.

Menurut BERSIH, ini kerana selama ini jawatankuasa tersebut memang komited untuk pilihan raya yang aman, dan ia sebaliknya meminta Tunku Abdul Aziz (kiri) mencari tempat lain sebagai punca kemungkinan "huru-hara" dalam pilihan raya.

Dalam satu kenyataan, gabungan itu berkata, dengan contoh yang jelas keganasan politik dan kempen memburuk-burukkan yang berlaku tanpa disekat, maka "kami percaya punca kemungkinan 'huru-hara' itu mungkin terletak di tempat lain.

Ia merujuk kepada satu surat yang didakwanya dari Tengku Abdul Aziz yang dikirimkan pada 11 April, di mana beliau mempersoalkan pendirian berkecuali BERSIH, dengan menuduh gabungan pro reformasi pilihan raya itu berhasrat untuk mengganggu pilihan raya, dan menggesanya menandatangani ikrar untuk memastikan pilihan raya yang aman .

"Kami tidak nampak bagaimana kami boleh melayan permintaan seumpama itu, ekoran tuduhan keterlaluan beliau terhadap kami.

"Dalam apa jua keadaan, BERSIH tidak perlu menandatangani ikrar untuk proses yang aman pada hari pilihan raya.

"Itu sentiasa menjadi pendirian kami dan yang ditekankan lagi dalam semua latihan dan pendidikan untuk pengundi yang kita menjalankan," kata jawatankuasa itu sambil mengecam dakwaan tersebut sebagai "tidak benar sama sekali".

Jawatankuasa ini juga menggesa Tunku Abdul Aziz, yang juga bekas presiden Transparency International Malaysia supaya memastikan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telus, bertanggungjawab dan tidak berat sebelah.

Mereka berkata, Tengku Abdul Aziz juga perlu memberi perhatian kepada kes-kes keganasan politik.

[Baca berita penuh]