PSM kompromi, setuju guna logo lain
Diterbitkan: Apr 16, 2013 11:36 AM | Dikemas kini: Apr 16, 2013 12:19 PM
Parti Sosialis Malaysia (PSM) akhirnya bersetuju menggunakan logo parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei ini.
Setiausaha agungnya S Arutchelvan berkata, mereka akan bertanding di empat kerusi yang ditandingi dalam pilihan raya umum lalu menggunakan lambang lain.
Katanya, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat tergempar malam tadi dengan mengambil kira mood rakyat yang menolak pertembungan tiga penjuru dengan calon Pakatan.
Beliau bagaimanapun mengingatkan, sekiranya permintaan di empat kerusi itu ditolak, mereka akan menggunakan logo sendiri.

