Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, beliau dan isteri akan "sangat gembira" sekiranya benar akan ada video seks yang didakwa berkaitannya diedarkan.

"Isteri saya sangat gembira, dari sudut orang hendak buat sesuatu pada saya.

"Kemudian saya akan berhenti terlibat dalam politik dan kami boleh menikmati hidup dan mengelilingi dunia," katanya sambil berjenaka dalam wawancara dengan media berbahasa Cina, termasuk Malaysiakini versi Mandarin semalam.

Katanya, pendedahan pertamanya kepada politik murahan bermula pada 2007 dalam pilihan raya kecil Ijok dan sejak itu beliau belajar mengatasinya.

"Bayangkan, saya mungkin tidak boleh tidur malam, bertanya soalan... Saya akan berfikir, video apa pula ini," katanya sambil menegaskan beliau tidak langsung bimbang kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution pada 26 Mac lalu berkata, Khalid dan anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menjadi mangsa video rekaan (dua video yang

berasingan) yang memaparkan mereka melakukan aksi seks.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS