Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Teratai Jenice Lee akan mempertahankan kerusi berkenaan atas tiket Bebas berikutan pengguguran namanya daripada senarai calon DAP pada pilihan raya umum ke-13.

    

Justeru, Lee berkata beliau sedia dipecat daripada DAP.

    

NONE "Niat saya cuma mahu memenuhi hasrat penduduk Teratai untuk terus berkhidmat kepada mereka. Wang deposit pencalonan saya hasil kutipan derma jawatankuasa penduduk di sekitar kawasan Teratai," katanya kepada pemberita selepas penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya hari ini.

    

Lee tidak menolak kemungkinan beliau digugurkan daripada senarai calon DAP berikutan dakwaan penyelewengan oleh pemimpin DAP terhadapnya.

    

"Saya bertanding kerana mahu membuktikan saya tidak bersalah dan tidak pernah melakukan sebarang penyelewengan sepanjang saya menjadi anggota DAP.

Pada 15 Mac lepas, Jawatankuasa Disiplin DAP memanggil Lee bersama Pembantu Khasnya, Lee Suan Ba bagi memberi keterangan atas dakwaan penyelewengan dan salah guna wang.

    

- Bernama

ADS