BERITA

SPR: Nama calon kekal di kertas undi walau tarik diri

Ram Anand

Diterbitkan
Dikemaskini 22 Apr 2013, 6:58 pagi

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan bahawa pencalonan untuk pilihan raya umum ke-13 yang telah dimuktamadkan tidak akan dibenarkan untuk ditarik balik.

Timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata peruntukan undang-undang yang membolehkan seseorang calon menarik balik pencalonan tersebut sudahpun dihapuskan.

"Kita sudah tidak ada peruntukan itu mengiut Peraturan Pilihan Raya 1981," katanya dalam satu sidang media Putrajaya hari ini.

Tambahnya, nama calon berkenaan tidak akan dipadamkan daripada kertas undi dan pengundi dibenarkan untuk mengundi calon tersebut.

Calon berkenaan dibenarkan untuk mengumumkan penarikan diri masing-masing kerana ia merupakan pilihan peribadi masing-masing.

Namun, tiada perubahan akan dibuat ke atas kertas undi tersebut, tegasnya.

[Baca berita penuh]

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.