Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

VIDEO l 13.02 minit

Parti Sosialis Malaysia (PSM) menuntut presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan dakwaan dalam satu video di Youtube bahawa parti Islam tersebut tidak boleh bekerjasama dengan parti "Marxis".

Setiausaha agung PSM S Arutchelvan berkata kenyataan Hadi itu menggambarkan PSM walau tidak menyebut nama parti tersebut.

"Kita mahu tanya, adakah Hadi merujuk kepada kami? Jika benar, tunjukkan bukti (bahawa PSM parti Marxis)," katanya dalam satu sidang media di Kota Damansara.

Presiden PSM Nasir Hashim juga menyatakan kekecewaan ke atas kenyataan Hadi itu.

"Kami dukacita dengan dakwaan tidak berasas ini. Al-Quran menyatakan bahawa fitnah itu lebih zalim daripada membunuh," katanya.

Hadi dalam satu video yang dimuatkan oleh Terengganukini, di satu lokasi yang tidak dinyatakan, mendakwa PAS terlibat dalam kerusi yang bertindih dengan PKR untuk menyelamatkan Pakatan daripada melalui krisis perlembagaan, seperti berlaku di Perak pada 2009, sekali lagi.

Beliau juga terdapatcalon yang disyaki sebagai pengedar dadah walau tidak menyebut apa-apa nama.

"Nak jadi calon macam mana? Malah ada calon yang menjulang gambar (Vladimir) Lenin, (Joseph) Stalin dan Karl Marx letak di markas. Orang PAS tidak boleh kerja dengan calon macam ini," katanya dalam video tersebut.

Ditanya sama ada Hadi perlu menarik balik kenyataan berkenaan dan meminta maaf, Nasir berkata Hadi sepatutnya bertindak sebagai orang budiman dan menarik balik kenyataan itu.

[Baca berita penuh]

ADS