Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Timbalan pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengadakan pertemuan khas dengan anggota Persatuan Bekas Tentera Malaysia bagi merapatkan sokongan dari golongan berkenaan ekoran kemunculan lebih ramai bekas pegawai tinggi tentera yang menjadi calon menentang BN kali ini.

Muhyiddin meluangkan masa kira-kira 45 minit untuk berucap kepada 5,000 veteran tentera yang dibawa dengan bas dari seluruh negara.

Dalam ucapannya, beliau mengambil peluang untuk menyerang Pakatan dan manifesto oleh gabungan parti berkenaan namun menegaskan bahawa ucapan tersebut bukan sebahagian dari kempen BN.

"Ini bukan kempen. Saya tidak perlu berkempen di sini sebab saya tahu anda sokong kita. Tapi asaya mahu anda sebarkan mesej ini kepada semua rakyat Malaysia,” katanya dalam majlis di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Beberapa orang bekas pegawai tinggi tentera menyertai Pakatan Rakyat dan diletakkan sebagai calon di kerusi parlimen utama, termasuk di Johor Bahru dan Pasir Gudang di Johor, selain di Lumut, Perak.

[Baca berita penuh]

ADS