Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Polis Pulau Pinang yakin dapat menyelesaikan kes letupan di kawasan ceramah BN di Jawi dekat Georgetown Selasa lepas dalam masa terdekat, susulan beberapa petunjuk baharu.

Jurucakap Pilihan Raya Polis Kontinjen negeri ACP Roslee Chik berkata menerusi petunjuk baharu itu polis akan melakukan beberapa lagi tangkapan.

"Polis percaya dapat menyelesaikan kes itu secepat mungkin dan  usaha mengesan beberapa lagi individu yang terlibat dalam kejadian itu sedang dijalankan," katanya ketika dihubungi Bernama di Georgetown hari ini.

Mengenai tiga individu yang ditahan reman sebelum ini, Roslee berkata mereka dibebaskan hari ini dengan jaminan polis selepas perintah reman terhadap mereka tamat hari ini.

 

Kejadian letupan itu berlaku pukul 10.15 malam ketika Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan menyampaikan ceramah di hadapan kira-kira 3,000 orang.

Letupan itu menyebabkan seorang petugas keselamatan cedera di kaki terkena serpihan sampah dan siasatan polis mengesahkan bahan letupan yang diguna ialah alat letupan rekaan (IED), dipercayai perbuatan terancang kumpulan profesional.

- Bernama

ADS