Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bintang bertukar 'underdog' di Lembah Pantai
Diterbitkan:  May 1, 2013 11:42 AM
Dikemaskini: 6:16 AM

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar sedang menghadapi laluan sukar untuk mengekalkan kerusi Parlimen Lembah Pantai yang disandangnya menentang Menteri Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin dan calon Bebas Rusli Baba dalam persaingan tiga penjuru.

NONE Masalah utama bagi Nurul Izzah, 32, ibu kepada dua anak, apabila terdapat 16,500 pengundi baru di kawasannya - yang beliau yakin 5,000 daripadanya pengundi hantu kerana tidak boleh dikesannya.

Kebimbangan itu ekoran kemenangannya terhadap Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil sebelum ini hanya dengan majoriti 2,895 undi.

Justeru, mengikut perkiraannya, jumlah pertambahan pengundi baru itu dan "pengundi hantu" itu boleh mengubah kemenangan itu - sejumlah 2,000 pengundi pos tidak termasuk.

NONE Walaupun sebagai penyandang, Nurul Izzah kini dilihat sebagai calon underdog atau bukan pilihan menentang jentera besar dan bertenaga Raja Nong Chik, yang juga mempunyai reputasi baik berkhidmat kepada rakyat pada masa mudanya.

Raja Nong Chik, 60, pernah menjadi Ketua Pemuda Umno Lembah Pantai sekitar tahun 80-an.

Malah, gambar-gambar lamanya yang menunjukkan beliau menolong orang ramai, seperti mangsa banjir dan kebakaran di setinggan masih boleh dilihat sampai hari ini.

Beliau juga dilihat sebagai pemimpin akar umbi.

[Baca berita penuh]

ADS