Pakatan dicabar jemput SPR jawab dakwaan penipuan

       

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan mencabar parti Pakatan Rakyat untuk menjemput Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menerangkan dakwaan penipuan yang berlaku semasa pilihan raya 5 Mei.

Beliau berkata, tiada sebab mengapa SPR akan menolak pelawaan pembangkang sekiranya bertujuan untuk memberi penjelasan.

"Saya dengan ini mencabar pembangkang supaya memanggil SPR ke tempat mereka. Saya juga mengesyorkan supaya SPR saman mereka yang buat tuduhan terhadap SPR.

“Tetapi paDa pandangan saya, mereka takkan jemput sebab kalau jemput habislah modal mereka. Nak cakap apa?," katanya dalam sidang media selepas sesi penerangan jentera Penerangan Umno bersama SPR di PWTC hari ini

Sesi yang berlangsung kira-kira dua jam itu dihadiri oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof serta ketua penerangan Umno bahagian dari seluruh negara.

Ahmad juga menjelaskan, sesi penerangan hari ini bertujuan untuk menangkis tohmahan pembangkang yang mendakwa pilihan raya kali ini yabg terburuk dalam sejarah negara.

"Oleh itu saya jemput Tan Sri Aziz untuk memberi penerangan tentang tohmahan yang diberi oleh pembangkang.

"Segala tuduhan seperti black-out (masalah bekalan elektrik di pusat mengundi), peti undi dibawa lari telah dijawab oleh Tan Sri (Abdul Aziz) SPR dan kita berpuas hati dengan jawapan beliau," katanya lagi.

Malaysiakini
terkini untuk anda