Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rafidah: Pandangan peribadi Azran tak wakili AirAsiaX
Diterbitkan:  May 29, 2013 2:02 PM
Dikemaskini: 6:12 AM

Pengerusi AirAsiaX, Tan Sri Rafidah Aziz semalam menegaskan pandangan yang dikeluarkan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat, Azran Osman Rani terhadap akhbar Utusan Malaysia adalah bersifat peribadi dan tidak mencerminkan pendirian syarikat.

"Tentu sekali kita perlu bezakan antara pendapat dan kenyataan syarikat dengan kenyataan peribadi dalam media sosial," kata bekas menteri dan ketua wanita Umno itu seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian.

Beliau mengulas kenyataan Azran yang dilaporkan meluahkan rasa jengkelnya dengan pendirian pengarang akhbar itu yang tidak mewakili Melayu dan bersifat perkauman.

Pandangan Azran yang dibuat menerusi laman Twitter itu mengundang reaksi pelbagai pihak - dengan sebahagian menyatakan sokongan dan segelintir yang lain menuduhnya tidak mengenang budi akhbar Utusan.

Sementara itu, Utusan Malaysia melaporkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hassan Malek menggesa AirAsia agar mengutamakan soal kebajikan pelanggan.

Akhbar itu dilapor mendakwa AirAsia enggan membawa pulang jenazah seorang wanita dari Yogyakarta ke Malaysia dan enggan membawa pulang seorang ibu dan anaknya yang demam campak di Vietnam ke Malaysia.

Akhbar itu yang turut dilapor menerbitkan rencana pensyarah Ridhuan Tee Abdullah yang mempertikaikan pakaian seragam syarikat penerbangan itu yang dianggap terlalu seksi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS