Kerajaan akan meneruskan usaha membawa perubahan dan transformasi kerana rakyat sudah menunjukkan mereka mahukan perubahan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata perubahan dan transformasi itu boleh dilakukan tanpa menukar kerajaan.

Perdana Menteri berkata demikian dalam entri terbaru untuk akaun laman sosial Facebook beliau semalam.

Dalam entri yang sama Najib berkata beliau menghadiri majlis perhimpunan bulanan pertama Jabatan Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu.

"Saya menghadiri majlis perhimpunan bulanan pertama Jabatan Perdana Menteri selepas PRU13, di Dataran Perdana, Putrajaya, pagi tadi.

- Bernama