Rombakan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) tidak akan dapat menangani isu kematian dalam tahanan kerana suruhanjaya itu memang dirangka untuk gagal, kata anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.

Katanya, EAIC ditubuhkan sebagai "harimau tanpa taring" yang dilihat sebahagian daripada "kerja-kerja kosmetik" ekoran tuntutan awam kepada pembentukan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) ketika terdapat bantahan lantang dari polis sendiri.

NONE "IPCMC pada 2005 dicadangkan sebagai suruhanjaya siasatan diraja terhadap Polis Diraja Malaysia jelas sebuah agensi untuk menyemak, mendisiplin dan memupuk lebih profesionalisme dalam pasukan polis.

"Sementara satu lagi direka untuk menggagalkan objektif itu," kata Pua ( kiri ).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Paul Low semalam berkata, membuat rombakan dan peningkatan fungsi EAIC lebih baik daripada memulakan suruhanjaya baru seperti IPCMC.

Selain polis, tambahnya, dengan kuasa yang lebih besar, EAIC dapat mengawal selia 18 lagi agensi, dan tidak perlu mengambil masa untuk bermula.

[Baca berita penuh]