Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SKMM: Penebat petir runtuh, bukan menara komunikasi
Diterbitkan:  Jun 14, 2013 3:57 PM
Dikemaskini: 10:30 AM

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjelaskan bahawa menara yang runtuh akibat ribut dan menyebabkan seorang maut di Jalan Macalister, Pulau Pinang semalam bukan menara telekomunikasi seperti yang dilaporkan oleh pihak media.  

Dalam satu kenyataan, ia berkata, pegawai dari Pejabat  Wilayah Utara SKMM telah bergegas ke tempat kejadian dan mendapati ia bukan struktur menara telekomunikasi.

NONE Sebaliknya, Ketua Pejabat Wilayah Utara, SKMM, Ahmad Nor Hisham Mohd Yusop berkata ia adalah sebuah penebat petir yang telah direkabentuk secara kosmetik bagi penampilan lebih sesuai.  

“Memang sah struktur yang runtuh adalah bukan struktur telekomunikasi.

"Tapi ianya adalah ‘lightning arrestor’ dibina dalam bentuk kosmetik. Struktur pemegangnya juga telah runtuh menghempap jalan,” kata Ahmad Nor.

Dalam kejadian semalam, ribut yang melanda Pulau Pinang telah menumbangkan menara di atas bumbung bangunan Umno negeri di Jalan Macalister, mengakibatkan seorang maut dan lapan lagi cedera.

Struktur tersebut yang terletak di atas bumbung bangunan 21 tingkat itu, jatuh di atas jalan raya.

ADS