Bekas setiausaha penganjur MCA Tee Siew Kiong akan menerima apa jua hasil pendengaran jawatankuasa disiplin yang bermesyuarat hari ini kerana tidak patuh pada arahan untuk menolak semua jawatan dalam kerajaan.
Beliau bagaimanapun menegaskan tidak adan meletakkan jawatan sebagai exco Johor.
Penerimaan beliau ke jawatan itu bertentangan dengan pendirian partinya untuk menolak sebarang lantikan dalam kerajaan ekoran prestasi lemah MCA dalam pilihan raya umum ke-13.
Michael Chen yang mempengerusikan jawatankuasa disiplin berkata, lima anggota sudah membuat keputusan sebulat suara berhubung perkara itu.
