Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pada Jumaat 14 Jun yang lalu, kami telah bertemu dengan wakil-wakil MITI yang diketuai oleh Datuk Rebecca Sta Maria, KSU Kementerian serta salah seorang perunding utama bagi Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), J Jaya Siri.

Mesyuarat ini dilakukan bertetapan dengan waktu, hanya sehari selepas dialog gagal antara MITI dan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM).

Walaupun kami menghargai rundingan yang dianjurkan oleh MITI yang melibatkan pihak yang berkepentingan, terutamanya ahli-ahli Parlimen dan pemimpin Pakatan Rakyat, kami masih tidak berpuas hati bahawa pada hakikatnya TPPA itu tidak tertakluk kepada pengawasan parlimen.

Sehubungan dengan itu, rakyat Malaysia terpaksa berhadapan dengan kekangan dalam memastikan hak-hak sosio-ekonomi dan kedaulatan negara dihormati dan dilindungi.

Rangka kerja undang-undang TPPA yang menyeluruh itu boleh menyebabkan undang-undang domestik terpaksa akur dengan meletakkan syarikat-syarikat multinasional di atas jika tidak setara dengan kedudukan kerajaan.

Banyak isu-isu telah diusulkan semasa perbincangan, yang terdiri daripada isu kawalan kerajaan ke atas pasaran kewangan, penyelesaian pertikaian antara pelabur-kerajaan (ISDS), harga farmaseutikal dan perubatan, serta kebimbangan umum terhadap kurangnya ketelusan dan maklumat tentang teks rundingan TPPA.

Semasa dialog itu yang berlangsung selama sejam, perkara khusus yang telah dibangkitkan adalah:

(1) Analisa Kos-Faedah (CBA) pada TPPA

MITI mengakui kewujudan kertas CBA dibentangkan kepada kabinet pada tahun 2010, iaitu laporan 2010 United Nations Development Programme (UNDP) yang atas arahan kerajaan Malaysia.

Dalam perkembangan yang sedikit positif, kami telah dijanjikan sesalinan laporan tersebut dalam masa dua minggu tanpa disertakan maklumat rundingan.

(2) Kawalan kewangan dan kebebasan

MITI memberi jaminan lisan bahawa tiada kerugian atau terhakisnya hak kedaulatan Malaysia untuk melaksanakan dasar-dasar ekonomi dan kawalan modal dengan menandatangani TPPA.

Bagaimanapun, pendedahan teks rundingan Australia baru-baru ini yang menyentuh kawalan modal, dan kewujudan peruntukan sebegini dalam lain-lain perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang telah ditandatangani bersama Amerika Syarikat, memaksa kita untuk kekal bersiap sedia demi memastikan hak-hak tersebut tidak hilang.

Selain itu, tiada sebarang maklumat mengenai rangka kerja pengurusan eksploitasi, penerokaan dan pembangunan sumber hidrokarbon dan mineral negara masing-masing.

Ia sesuatu yang penting untuk meredakan kebimbangan dan tidak membenarkan syarikat asing untuk mendesak hak mengekstrak sumber semula jadi negara kita berdasarkan terma-terma TPPA itu.

(3) Kos kesihatan

Berhubung dengan hak harta intelek untuk farmaseutikal, kami diberitahu oleh MITI dan Kementerian Kesihatan bahawa mereka berusaha untuk mencari keseimbangan antara menggalak inovasi dan memastikan harga ubat-ubatan adalah berpatutan.

Kami juga diberitahu bahawa perbincangan masih berterusan dan tiada peruntukan yang berkaitan telah mencapai fasa berasaskan pernyataan.

Isu berganda mengenai data empunya (proprietary data) dan lanjutan tempoh eksklusif adalah amat penting bagi Malaysia.

Kita tidak boleh kehilangan akses tatkala membincangkan harga berbanding akses.

Malah, masa semakin suntuk memandangkan pusingan dan rundingan TPPA seterusnya akan diadakan pada bulan Julai 2013 dan pernyataan muktamad dijangka berakhir pada Oktober 2013.

Walaupun kami sedar bahawa kerahsiaan amat diperlukan dalam semua rundingan perdagangan, namun kami bimbang kurangnya usaha untuk melibatkan orang awam terutamanya berkait prinsip-prinsip asas kedaulatan negara dan kesan sosio-ekonomi TPPA tersebut.

Kami memuji MITI kerana menganjurkan mesyuarat ini dan kerana berjanji memberikan salinan laporan UNDP yang ditapis dalam masa dua minggu lagi.

Bagaimanapun, kami tetap komited untuk memperjuangkan ketelusan dan penglibatan awam yang lebih tinggi semua aspek TPPA tersebut.

Demi kepentingan umum masyarakat, kami akan menggesa agar sebuah jawatankuasa terpilih parlimen dwipartisan mengenai TPPA ditubuhkan dengan segera.

Kami amat prihatin mengenai keperluan untuk berahsia seiring dengan rangka kerja dwipartisan sebegini, dan akan berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab kami sebagai penjaga amanah rakyat.

Kami juga mengingatkan kerajaan Malaysia bahawa amanah rakyat adalah tertumpu pada pendedahan yang telus dan bertanggungjawab.


Artikel ini pandangan bersama lima pihak iaitu, NURUL IZZAH ANWAR ahli Parlimen Lembah Pantai; CHARLES SANTIAGO, ahli Parlimen Klang; DR DZULKEFLY AHMAD, pengarah Pusat Penyelidikan & Pembangunan PAS; WONG CHEN, ahli Parlimen Kelana Jaya dan AZRUL AZWAR dari Institut Rakyat.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS