Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Rosmee Hamzah berkata proses pemilihan Yang diPertua Dewan Rakyat akan dijalankan melalui "undi bersurat".

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan secara terperinci sama ada pengundian itu dijalankan secara rahsia bagi mengelakkan perkara itu menjadi isu.  

"Ia akan dilakukan melalui undi bersurat.

"Sila rujuk kepada Peraturan Mesyuarat 4," katanya sambil menegaskan bahawa cara itu telah dilakukan bagi memilih Yang diPertua Dewan Rakyat sejak ia ditubuhkan.

Menurut Peraturan Mesyuarat 4 (4), undi bersurat ialah setiap ahli parlimen yang hadir akan diberi sekeping kertas undi dan ahli itu boleh menuliskan pada kertas itu nama ahli atau seorang lain yang hendak diundinya.

Kertas-kertas undi hendaklah dilipat supaya nama ahli atau seorang lain yang tertulis pada kertas itu tidak boleh dilihat, dan hendaklah ditandatangan oleh ahli yang mengundi.

Bagi peraturan 4 (5), kertas-kertas undi hendaklah dipungut oleh Setiausaha atau oleh siapa-siapa pegawai Majlis yang diwakilkan olehnya dan hendaklah dijumlahkan oleh Setiausaha di Meja Mesyuarat.

Keputusan undi itu pula hendaklah dimasyhurkan oleh Setiausaha.

[Baca berita penuh]

ADS