Menteri: Sila bertindak, Indonesia
Diterbitkan: Jun 24, 2013 2:55 PM | Dikemas kini: Jun 24, 2013 2:57 PM
Indonesia harus bertindak segera terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebabkan keadaan jerebu walaupun ia melibatkan syarikat milik rakyat Malaysia, kata Menteri Kesihatan S Subramaniam.
"Ia bukan bencana semula jadi tetapi bencana buatan manusia yang disebabkan oleh pihak tidak ertanggungjawab," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Katanya, walaupun masih "tiada bukti" syarikat milik rakyat negara ini di belakang bencana itu, Malaysia tetap menyokong sebarang tindakan jika benar terdapat penglibatan dalam krisis alam sekitar itu.
Kerajaan Indonesia patut melakukan apa yang perlu kerana syarikat-syarikat yang dirujuk itu beroperasi di tanahnya.

