Mahkamah Rayuan mendapati, hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mengetuai perbicaraan Altantuya Shaariibuu tidak mengajukan isu niat bersama dua anggota Unit Tindakan Khas untuk membunuh warganegara Mongolia itu.

Perkara itu dibangkitkan oleh Hakim Linton Albert hari ini, yang mengajukan kepada Peguam Cara III Tun Abdul Majid Tun Hamzah bahawa kedua-dua Cif Inspektor Azilah Hadri dan Kopral Sirul Azhar Umar sama-sama dituduh bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan kerana membunuh Altantuya.

Di hujung prosiding hari ini, Linton berkata bahawa Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Zaki Md Yassin tidak mengajukan langsung perkara itu.

"Tidak ada langsung (penghakiman Mahkamah Tinggi) yang mengajukan isu itu," katanya.

[Baca berita penuh]