Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang berkata dakwaan Umno mengenai kewujudan 'Red Bean Army' adalah helah yang direka bagi mencari dana untuk aktivis siber mereka sendiri.

Beliau juga berkata, helah itu mungkin direka bagi membolehkan individu tertentu mendapatkan dana.

"Dengan dakwaan Red Bean Army dan juga DAP menggunakan beribu-ribu aktivis siber adalah tidak benar.

"DAP tidak pernah menghabiskan satu sen pun untuk membiayai Red Bean Army," kata Lim ketika membahaskan titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau juga mendakwa, terdapat laporan yang menyebut bahawa beberapa orang di dalam Umno meminta RM250 juta untuk melawan Red Bean Army.

"Sekarang saya tahu mengapa khabar angin itu dimulakan. Mereka yang sebarkan fitnah ini ada kepentingan. Ia bukan untuk memerangi Red Bean Army tetapi untuk memperkayakan diri mereka," dakwa Lim lagi.

Sementara itu, ketika Lim sedang berbahas, Shabudin Yahaya (BN-Tasek Gelugor) bangun dan membuat bantahan dengan memetik Perintah Tetap 26 (6) yang melarang Ahli Parlimen daripada membuat andaian dan niat buruk kepada ahli lain.

Bagaimanapun, ia ditolak oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ismail Mohamed Said dengan berkata: "Saya rasa dia tidak mempunyai niat buruk".

Lim berkata demikian mengulas dakwaan terkini oleh BN- terutamanya blogger pro-kerajaan dan NGO yang menuduh DAP membiaya beribu-ribu ringgit  Red Army Bean  yang bertujuan untuk menyebarkan propaganda DAP di ruang siber.

ADS