Anggota Parlimen BN digesa mendengar suara hati sendiri apabila mengundi menerima atau menolak Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013 berkaitan penukaran agama kanak-kanak.

Ketua Biro Undang-Undang dan Hak Asasi Gerakan negeri Baljit Singh berkata, cadangan itu secara moralnya salah dan pihaknya sangat sedih kerana ia dicadangkan tanpa rundingan dengan parti komponen BN terlebih dahulu.

"Ini mengesahkan tanggapan bahawa hanya satu parti memerintah dalam BN," kata Baljit kepada Malaysiakini .

"Yang dahulu mesti didahulukan. Rundingan dengan pelbagai sektor mesti dilakukan sebelum membentangkan Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) di Parlimen," tegasnya.

Rang undang-undang itu ditentang pelbagai pihak, termasuk oleh parti komponen BN dan Pakatan Rakyat, malah kumpulan agama bukan Islam kerana membenarkan pengislaman kanak-kanak bawah 18 tahun melalui kebenaran sebelah pihak -ibu atau bapa atau seorang penjaga sahaja.

[Baca berita penuh]