Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

VIDEO

Kerajaan Persekutuan masih mengkaji cadangan untuk memindahkan peningkatan kos bahan api kepada pengguna, justeru tiada rancangan untuk menaikkan tarif elektrik buat masa ini.

NONE Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili ( kanan ) berkata, kerajaan masih perlu menentukan beberapa isu utama di sebalik mekanisme Fuel Cost Pass Through (FCPT) sebelum melaksanakannya.

Isnin lalu, timbalannya Datuk Seri Mahdzir Khalid dilaporkan berkata, Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan melaksanakan mekanisme FCPT tahun depan sebagai proses menentukan tarif elektrik lebih berkesan kepada pengguna.

Ditanya berhubung perkara itu, Maximus berkata: "Itu soalan yang kerajaan akan putuskan... Saya fikir beliau sudah membetulkan kenyataan.

"Dan isu sama ada kita mahu memindahkannya kepada pengguna, berapa dan bila, itu keputusan yang akan dibuat oleh kabinet."

[Baca berita penuh]

ADS