Dewan luluskan usul junjung kasih titah Agong
Diterbitkan: Jul 12, 2013 11:02 AM | Dikemas kini: Jul 12, 2013 11:05 AM
Dewan Rakyat malam tafi meluluskan usul menjunjung kasih ke atas titah ucapan Yang di-Pertuan Agong semasa merasmikan pembukaan persidangan Parlimen pada 25 Jun lepas.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia meluluskan usul itu selepas menyaksikan lebih suara menyokong berbanding membantah.
Proses undian usul yang dibawa oleh Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) itu turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sidang Dewan akan disambung Isnin.
- Bernama

