Penyokong presiden Mohamed Mursi yang digulingkan menggesa diadakan satu lagi tunjuk perasaan pada Jumaat dan mahu rakyat Mesir berdoa supaya tiada lagi pertembungan seperti minggu lalu yang mengorbankan 90 nyawa.

Pergerakan Ikhwanul Muslimin menuntut supaya Mursi sebagai pemimpin pertama yang dipilih secara demokrasi di republik itu dikembalikan ke tampuk kuasa, lapor Reuters.

NONE Maklumat rasmi menyebut Mursi ( kanan ) ditahan di perkarangan berek tentera elit Pengawal Republik di Kaherah, tempat tentera menembak mati 53 penunjuk perasan pada Isnin, yang tambah membangkitkan kemarahan penyokongnya.

Empat tentera turut terbunuh dan pasukan seragam itu mendakwa ia dimulakan oleh "pengganas".

Penyokong Mursi mendakwa sebaliknya.

Tembakan itu mengejutkan 84 juta rakyat Mesir selepas gambar grafik insiden itu muncul di kaca televisyen dan media sosial.

Ditambah pula ia berlaku tiga hari, selepas 35 terbunuh dalam pertembungan antara kumpulan pro dan anti-Mursi dalam demonstrasi di seluruh negara.

"Ia masa yang sungguh sukar kepada rakyat Mesir, untuk melihat sedutan filem berdarah dan keganasan semasa bulan mulia Ramadan, dan semua yang berbual dengan sama bercakap perkara yang sama," kata Fateh Ali, 54, seorang penjawat awam di Kaherah.

Bekalan gandum tinggal 2 bulan

Sementara itu, agensi berita antarabangsa juga melaporkan, Mesir kini hanya mempunyai bekalan stok gandum import untuk tempoh dua bulan sahaja, kata menteri bekalan dalam kabinet Mursi sebelum ini.

azlan Bercakap kepada Reuters di khemah tempat ribuan pengikut Mursi berkumpul, Bassem Ouda berkata, hanya 500,000 tan sahaja gandum import yang tingggal berbanding kebiasaan 10 juta tan setahun.

Krisis politik lebih dua tahun setengah lalu turut menyumbang kepada masalah ekonomi serius Mesir sehingga menakutkan pelabur dan pelancong.

Ia sekali gus mengeringkan simpanan matawang asing dan menyukarkan pengimporta makanan dan bahan bakar.