Calon PAS mahu tumpu pada kempen
HARI 2 Petikan ucapan, aturcara dan insiden yang tidak dirancang menjelang pilihan raya kecil Kuala Besut pada 24 Julai. .
10.35 pagi: Calon PAS Azlan Yusof melawat pasar Kuala Besut untuk bertemu dan beramah mesra dengan peniaga dan pelanggan mereka.
Azlan, yang terkenal di kalangan penduduk tempatan dengan panggilan "Che Long", diiringi oleh sepasukan pengawal keselamatan, tetapi petugas kempen tidak kelihatan bersamanya.
Ketika ditemui media, Azlan enggan ditemuramah, dan berkata beliau mahu memberi tumpuan untuk berkempen mulai sekarang.
Menurutnya, beliau berasa amat letih sejak menjadi calon dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu itu.
"Jika anda yang jadi calon, anda akan dapat rasa apa yang saya rasa sekarang," katanya.

