Malaysiakini BERITA

TPPA untuk kawal negara lemah, kata Mahathir

Jarni Blakkarly  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) mempunyai tujuan lain supaya negara yang kuat dapat mengawal yang lebih lemah dan boleh dibandingkan dengan penggunaan kekuatan tentera, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Ia satu lagi cubaan untuk menembusi pasaran negara-negara lemah supaya mereka boleh mengawal segala-galanya," Dr Mahathir memberitahu pemberita selepas ditanya sama ada Malaysia mampu berunding untuk mencapai keputusan yang menguntungkan negara ini.

"Mereka sudah pun mengawal dunia melalui kekuatan ketenteraan, sekarang mereka mahu kawal melalui kuasa ekonomi pula."

Dr Mahathir bercakap kepada pemberita selepas acara buka puasa bersama kakitangan DRB-Hicom di Pusat Konvensyen Shah Alam malam tadi.

Rundingan pusingan ke-18 TPPA bermula kelmarin dengan sepuluh negara membincangkan terma perjanjian itu secara rahsia. Negara terlibat termasuk Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Chile, Malaysia, New Zealand, Peru, Singapura, Jepun dan Vietnam.