Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata beliau menerima saman mahkamah supaya hadir di mahkamah majistret Kuala Lumpur pada 24 Julai untuk didakwa atas tuduhan melanggar Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

Menurut saman itu, Loke (kanan) akan didakwa melanggar Seksyen 15 (3) Akta tersebut pada 22 Jun di Padang Merbok, Jalan Parlimen, Kuala Lumpur - tempat berlangsungnya perhimpunan Black 505 di Kuala Lumpur.

NONE Dia didakwa tidak mendapat kebenaran dari pemilik Padang Merbok itu – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur – untuk mengadakan perhimpunan itu seperti yang dikehendaki oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad.

Dia juga menghadapi tuduhan alternatif di mana dia dan penganjur bersama yang lain, gagal memberi notis 10 hari sebelum perhimpunan itu diadakan.

"Pagi tadi saya bersama peguam saya pergi ke IPD Dang Wangi untuk beri keterangan dan jawab soalan-soalan dari polis. Selepas saya selesai beri keterangan tersebut, saya diberi satu saman dan dikehendaki hadir ke Mahkamah pada 22 Jun," katanya.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang turut dipanggil untuk memberi keterangan pagi ini.

"Saya telah dihubungi Bukit Aman untuk hadir beri keeterangan pagi ini pukul 10 pagi. Saya tak hadir sebab gambaran yang diberikan untuk beri kenyataan saksi boleh dibuat pada bila-bila masa. Mungkin saya pergi esok atau lusa," katanya.