Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis: Hentikan bawa bendera parti dengan motosikal
Diterbitkan:  Jul 17, 2013 5:30 PM
Dikemaskini: 10:23 AM

Polis mengingatkan para penyokong parti yang bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut agar berhenti mengarak bendera parti dengan bermotosikal.  

    

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata pemantauan polis mendapati ada segelintir remaja yang terlibat membantu kempen parti-parti secara berkonvoi dengan motosikal sambil mengibarkan bendera parti masing-masing.

    

"Mereka bermotosikal secara berkumpulan dengan membawa bendera-bendera parti yang besar yang boleh mengganggu ketenteraman dan boleh mengakibatkan kemalangan jalan raya," katanya dalam sidang media di Ibu pejabat Polis Daerah Besut di Kuala Besut hari ini.

    

Beliau juga meminta penganjur dan penceramah parti supaya mematuhi tempoh had masa berkempen iaitu tidak melebihi jam 12.00 tengah malam.

    

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS