Tribunal rakyat yang ditubuhkan oleh BERSIH untuk menyiasat dakwaan penipuan dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) menggesa orang ramai mengemukakan bukti sebelum ia bersidang.

NONE Tribunal itu menyeru orang ramai mengemukakan semua bukti atau

kenyataan saksi yang berkaitan dengan dakwaan penipuan dan penyelewengan dalam pilihan raya umum pada 5 Mei lalu.

Ia juga menggariskan senarai situasi yang dihadapi semasa pilihan raya umum lalu di mana seseorang itu perlu tampil memberi bukti, antaranya ialah:

  • A pengundi berdaftar yang tidak dapat mengundi;

 

  • Dihalang daripada mengundi;

 

  • Ditawarkan wang atau hadiah untuk mengundi parti tertentu;

 

  • Terdapat nama dalam daftar pemilih walaupun tidak mendaftar sebagai pengundi, dan,

 

  • Diugut atau dinafikan manfaat jika seseorang itu enggan mengundi parti tertentu.

"Orang ramai yang ingin memberi kenyataan atau bukti berkaitan perkara di atas, diminta mengemukakan ringkasan maklumat melalui e-mel kepada sekretariat tribunal rakyat di alamat bersih.tribunal @ gmail.com pada selewat-lewatnya 16 Ogos 2013.

Menurut kenyataan itu lagi, mesyuarat akan diadakan sekiranya perlu.

Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga pernah berkata bahawa pihaknya membantu memudahkan penubuhan tribunal itu tetapi tidak akan campur tangan apabila ia bersidang.

[Baca berita penuh]