NGO kesal MIC gugurkan pemimpin 'berani bersuara'
NGO India WargaAman hari ini menyuarakan kekesalan mereka terhadap tindakan Presiden MIC G Palanivel menggugurkan Vell Paari daripada jawatankuasa kerja pusat parti itu.
Setiausaha Agung WargaAman S Barathidasan (
kiri
) berkata, ini kerana Vell Paari antara segelintir pemimpin BN yang mempunyai keberanian menyuarakan sesuatu pandangan.
"Beliau bercakap tentang isu berkaitan Zulkifli Noordin dan Ridhuan Tee Abdullah apabila mereka berdua menghina Hinduisme," katanya.
"Vell Paari juga besuara menentang kematian dalam tahanan dan mengetuai rombongan, termasuk disertai WargaAman, bertemu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Paul Low untuk mendesak ke arah penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC)."
Barathidasan juga berkata WargaAman bangsa dengan keprihatinan Vell Paari dalam isu masyarakat India dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
Mereksa juga terus berharap pemimpin itu terus bersuara terhadap isu-isu penting dalam masyarakat.

