Petronas hari ini mengumumkan pelaksanaan umur persaraan baharu 60 tahun untuk pekerja tetap, berkuat kuasa 1 Julai.
Dalam kenyataan hari ini, perbadanan minyak dan gas itu berkata langkah itu adalah selari dengan Akta Umur Persaraan Minimum 2012.
"Pemakaian akta itu bagaimanapun dikecualikan bagi sekumpulan pekerja lelaki yang sebelum ini telah menerima tawaran untuk bersara daripada 60 tahun kepada 55 tahun," kata Petronas.
- Bernama
