Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Johor tak sambung pajakan kawasan perindustrian Larkin
Diterbitkan:  Jul 23, 2013 10:17 AM
Dikemaskini: 2:18 AM

Kerajaan Johor tidak berhasrat untuk menyambung tempoh pajakan tanah kepada pihak industri di Kawasan Perindustrian Larkin yang dijadual tamat dalam tempoh 15 tahun lagi.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ini kerana kerajaan negeri mahu menggunakan kawasan itu bagi membina perumahan rakyat.

Malah, kerajaan negeri sudah mengenal pasti agensi yang akan dipertanggungjawab bagi melaksanakan projek itu kelak, katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra dan berbuka puasa di Masjid Abidin, Taman Sri Skudai, di Johor Baharu semalam.

Katanya kerajaan negeri akan membina rumah mampu milik di kawasan itu terutama bagi memenuhi keperluan penduduk di kawasan bandar.

Tempoh 15 tahun itu dijangka sudah mencukupi bagi pihak industri mencari kawasan baharu untuk beroperasi, katanya.

Pada majlis itu Mohamed Khaled turut menyampaikan sumbangan duit raya dan barangan keperluan kepada 144 penerima terdiri daripada orang miskin, warga emas dan anak yatim dari sekitar Taman Sri Skudai.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS