Rekod ROS menunjukkan saya SUA TI-M, kata Josie
Dalam kemelut berterusan yang melanda Transparency International-Malaysia (TI-M), Josie Fernandez berkata, rekod terkini dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) membuktikan bahawa beliau adalah setiausaha agung TI-M yang sah.
Josie (kiri) hari ini menunjukkan emel dari sistem talian ROS
bertarikh hari ini, yang mengesahkan statusnya sebagai setiausaha agung.
Josie memberitahu Malaysiakini hari ini bahawa beliau menerima pengesahan lanjut secara lisan daripada setiausaha pejabat pengarah ROS Selangor pagi ini bahawa butiran dalam emel dari sistem tersebut adalah betul.
Pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang lalu pada 20 Julai, NGO itu mendakwa setiausaha agung yang baru ialah Loi Kheng Min dan menunjukkan cetakan yang sama dari ROS sebagai bukti.
Menurut Josie, perubahan rekod itu dibuat melalui pejabat ROS Putrajaya.
Beliau bertanya bagaimana pejabat Putrajaya boleh mengubah rekod untuk meletakkan Loi sebagai setiausaha agung bary, sedang TI-M didaftarkan di bawah ROS Selangor.
Rekod ROS hari ini nampaknya telah menukar semula perubahan yang dibuat, dengan menyenaraikan Loi sekarang sebagai setiausaha agung 'lama'.
Dalam sidang akhbar semalam, Rosie berkata ROS Selangor akan menjalankan satu siasatan dalaman berhubung perkara tersebut.

