Gempa kuat 12,250km barat daya Pontian
Diterbitkan: Jul 27, 2013 10:29 AM | Dikemas kini: Jul 27, 2013 10:31 AM
Gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter melanda kawasan South Sandwich Islands pada 5.33 pagi ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.
Pusat gempa bumi itu terletak di 58.0 darjah selatan dan 24.1 darjah barat, 3,845km tenggara dari Puerto Montt, Chile dan 12,250km barat daya Pontian, Johor, kata jabatan itu dalam satu kenyataan.
"Tiada ancaman tsunami. Jabatan Meteorologi Malaysia sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan maklumat terkini," kata kenyataan itu.
- Bernama

