Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Susu kami tak dicemari WPC80'
Diterbitkan:  Aug 5, 2013 10:10 AM
Dikemaskini: 2:13 AM

Fonterra Malaysia mengesahkan semua jenama produknya yang dipasarkan di Malaysia tidak terjejas dengan isu pencemaran.

Pengarah Urusan Fonterra Brands Malaysia David Ross dalam kenyataan semalam berkata: "Semua produk jenama kami di Malaysia tidak terjejas dengan isu itu dan selamat untuk digunakan".

Beliau berkata semua produk jenama Fonterra di Malaysia temasuk Anmum, Anlene dan Anchor/Fernleaf selamat untuk digunakan.

Fonterra turut memberi jaminan kepada pengguna di pasaran global termasuk Australia, Asia, China, Amerika Latin, New Zealand dan Timur Tengah bahawa tiada produk jenamanya dicemari 'whey protein concentrated' (WPC80).

Semalam, New Zealand mengeluarkan amaran kepada pengguna antarabangsa bahawa produk berasaskan tesusu yang dieksport, termasuk susu formula bayi, mungkin tercemar kerana mengandungi bakteria yang boleh menyebabkan penyakit botulisme -penyakit yang boleh membawa maut.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS