BERITA

'Upah bunuh kini cuma RM1,000'

Diterbitkan
Dikemaskini 5 Ogs 2013, 8:19 pagi

Selepas akhbar Singapura melaporkan dakwaan pembunuh upahan boleh diperoleh dengan RM5,000 di Malaysia, akhbar tempatan pula hari ini melaporkan harganya lebih rendah lagi.

Sebuah harian berbahasa Melayu melaporkan pembunuh upahan boleh diupah serendah RM1,000, yang ironinya menepati tajuk kontroversi The New Paper Singapura bahawa "death is cheap" (murah untuk mati) di Malaysia.

NONE Dalam temubual dengan Sinar Harian, penganalisis jenayah Datuk Akhbar Satar ditanya sama ada faktor upah serendah RM1,000 punca peningkatan pembunuhan menggunakan senjata api.

"Ya, tetapi bukan faktor itu sahaja. Kini senjata api boleh disewa dengan kadar harga yang murah.

"Malah ada senjata api daripada negara luar, yang terpakai boleh dibeli dengan harga yang lebih murah iaitu pada kadar RM700 ke bawah," beliau dipetik sebagai berkata.

Akhbar Satar yang juga presiden Transparency International-Malaysia berkata ramai orang tempatan mempelajari cara menjadi pembunuh upahan dan kaedah membunuh melalui internet.

"Penjenayah ini boleh dikategorikan kepada 'contract killer' iaitu amatur, semi profesional dan profesional.

"Di negara ini, ramai yang terdiri dariada semi profesional dan apabia melakukan pembunuhan, masih meninggalkan bukti yang membantu pihak polis melakukan siasatan," beliau dipetik sebagai berkata.

[Baca berita penuh]

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.