Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ku Chin Wah: Saya lagi 'handsome'
Diterbitkan:  Aug 7, 2013 2:55 PM
Dikemaskini: 7:46 AM

Gambar Ketua CID KL Ku Chin Wah yang mempamerkan wajah suspek kes pembunuhan anggota perniagaan terkenal tersebar meluas di alam maya semalam.

Ini ekoran suspek yang dikenali sebagai Kong Swee Kwan itu sangat mirip dengan anggota polis kanan itu.

Bagaimanapun, bagi Ku, ada perbezaan ketara antara dia dan suspek.

"Saya lagi handsome (kacak)," katanya dalam SMS kepada The Star Online .

Laporan itu juga menyebut Ku turut memuatkan tanda senyum ( smiley ) di akhir pesanannya itu.

Polis sekarang sedang memburu suspek berumur 44 tahun bagi membantu siasatan kes tembakan pengasas Arab Malaysian Bank Hussain Ahmad Najadi.

Najadi, 75, ditembak di kawasan parkir di luar tokong Kuan Yin di Jalan Ceylon Kuala Lumpur pada 29 Julai.

[Baca berita penuh]

ADS