Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dr M: Kuan Yew sudah 90 tahun, kita beri laluan kepadanya...
Diterbitkan:  Aug 8, 2013 9:16 PM
Dikemaskini: 1:20 PM

"Dia seorang lelaki berusia 90 tahun. Kita (perlu) memberi elaun kepadanya, (hanya) seperti orang-orang yang memberi elaun kepada saya," katanya Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai negarawan Singapura Lee Kuan Yew.

    

Bekas perdana menteri berusia 88 tahun itu berkata demikian ketika mengulas buku terbaru Lee bertajuk 'One Man's View of the World' yang dilancarkan di republik itu, Selasa lepas.

    

Antara lain, buku itu memetik bekas perdana menteri Singapura itu sebagai berkata: "Dasar-dasar berasaskan kaum di Malaysia meletakkan negara itu dalam keadaan yang tidak menguntungkan dan ia secara sukarela mengecutkan golongan berbakat."

    

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata: "Dia berhak untuk memberikan pendapat kerana ada kebebasan bersuara terutamanya di Singapura."

    

Bekas perdana menteri itu berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Jemaah Menteri di Seri Perdana di sini hari ini.

    

Dalam buku setebal 400 halaman itu, Lee berkongsi pandangan beliau antara lain mengenai politik antarabangsam ekonomi global dan perubahan iklim.

    

Sementara itu, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata terdapat faktor-faktor lain yang menyumbang kepada penghijrahan bakat intelektual seperti mencari pendapatan yang lebih baik, persekitaran kerja, infrakstruktur dan jaminan yang lebih baik.

    

Timbalannya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Malaysia tidah mahu mana-mana satu bangsa lebih domain daripada yang lain bagi memelihara keharmonian.

    

Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau tidak bersetuju dengan pandangan Lee bahawa ia adalah mustahil bagi Najib memenangi semula hati pengundi Cina dan India tanpa kehilangan undi dari orang Melayu.

    

"Saya mempertikaikan hipotesis beliau. Jika Najib dapat menyelesaikan masalah penduduk luar bandar seperti pekerja estet, saya yakin beliau akan mendapat sokongan kaum Cina, India dan Melayu," katanya di majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Shah Alam.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS