Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini enggan mengulas mengenai sebuah buku baru yang mengutarakan pandangan mengenai pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri.

Antara lain, Abdullah mendakwa Khairy, yang merupakan menantunya, tidak mempunyai apa-apa pengaruh dalam pentadbirannya.

Ketika ditemui ini majlis hari terbuka Aidilfitri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya, Khairy dikerumuni wartawan untuk mendapatkan reaksinya tentang buku tersebut.

Menurutnya, beliau belum membaca buku tersebut, jadi bagaimana beliau hendak mengulas mengenainya.

Dalam buku baru bertajuk "Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia", Abdullah telah mempertahankan Khairy dan menafikan kumpulan yang digelar "budak tingkat empat" sewaktu pentadbirannya adalah penasihat beliau.

Abdullah berkata Khairy tidak menyalahgunakan kedudukannya pada masa itu dan menantunya itu telah dituduh secara tidak adil dalam banyak perkara.

Abdullah dipetik memberitahu editor buku tersebut bahawa beliau tertanya-tanya sama ada mereka yang telah menyerang Khairy itu, gembira kerana telah memecahkan periuk nasinya.

[Baca berita penuh]

ADS