Penganjur perlawanan Barca boleh disenaraihitam: KJ
Penganjur perlawanan persahabatan antara FC Barcelona dan Malaysia di Stadium Shah Alam pada hari Sabtu, boleh disenaraihitamkan dan lesen mereka digantung jika didapati bersalah melakukan salah laku dalam mengendalikan perlawanan tersebut.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata dalam satu kenyataan semalam bahawa beliau telah mengarahkan Pesuruhjaya Sukan Shaprawi Ahmad Ismail untuk memulakan siasatan terhadap kontroversi yang menyelubungi perlawanan itu.
Katanya, Ahmad Shaprawi juga akan menyiasat peranan penganjur, Perbadanan Stadium Malaysia serta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), dalam perlawanan itu.
Khairy berkata, kementerian juga mungkin berkerjasama dengan FAM untuk membuat syor kepada Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), yang mempunyai kuasa untuk membatalkan lesen ejen perlawanan penganjur.
Beliau berkata pihaknya memandang serius tentang pelbagai tuduhan terhadap apa yang dikatakan berlaku semasa perlawanan itu.
Ini termasuk dakwaan bahawa anggota keselamatan meminta wang daripada peminat yang telahpun membayar untuk tiket mereka.

