Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pendakwah pertahan diri dari dakwaan hina sultan
Diterbitkan:  Aug 20, 2013 7:15 PM
Dikemaskini: 11:33 AM

Pendakwah bebas Wan Ji Wan Husein mempertahankan dirinya berhubung video yang menunjukkan beliau berbincang kemungkinan Malaysia menjadi negara sistem monarki, yang didakwa sesetengah pihak sebagai "menghina" sultan.

Wan Ji berkata kenyataan itu dibuat secara kiasan sewaktu perbincangan berkaitan 'fiqh tawaqqu' - satu cabang pengajian fikah Islam yang membincangkan isu yang mungkin berlaku pada masa depan.

ppim police report against ustad wan ji insults sultan 200813 02 Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Wan Ji berkata beliau memberi contoh bagaimana Nabi Muhammad SAW yang selalu membuat perancangan untuk masa depan dan beliau memberi pelbagai contoh, termasuk tentang sultan.

Seorang aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini membuat laporan polis dengan mendakwa Wan Ji menghina sultan dan beliau menggesa tindakan diambil terhadapnya.

Laporan polis itu dibuat oleh Muhammad Zharif Johor di ibu pejabat polis Dang Wangi pada 3.55 petang tadi.

[Baca berita penuh]

ADS