Tayangan perdana filem kontroversi Tanda Putera yang antaranya memuatkan babak peristiwa 13 Mei 1969 diadakan malam ini, seminggu sebelum ditayangkan kepada awam minggu depan.

Ia akan menemui penonton di layar perak pada 29 Ogos ini.

NONE Pengarahnya Shuhaimi Baba ( kanan ) memberitahu Malaysiakini bahawa beliau kini berasa "lega" tetapi enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

Kira-kira 200 orang dijemput ke tayangan gala perdana di The Gardens Mid Valley City di Kuala Lumpur, termasuk pihak media, pengurusan panggung wayang, pengedar, bintang filem itu dan pegawai daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Malaysiakini tidak termasuk dalam senarai tetamu yang diundang untuk tayangan itu atau menghadiri sesi temu duga dengan teraju utama Tanda Putera .

"Kamu kenapa mereka tidak undang kamu," kata seorang anggota penganjur kepada Malaysiakini ketika meminta pemberitanya meninggalkan acara itu.

Ketika cuba mendapatkan ulasan Shuhaimi, Malaysiakini diberitahu oleh seorang wakil penganjur supaya berhenti "mengganggu" pengarah.

[Baca berita penuh]