Pengerusi MyWatch R Sri Sanjeevan dijangka dapat bercakap dalam tempoh 48 jam setelah menunjukkan tanda-tanda mula sembuh selepas pembedahan penting membuang peluru di rusuknya.

Alat bantu pernafasan sudah dikeluarkan dari mulutnya untuk pertama kali dalam tempoh tiga minggunya dimasukkan ke hospital, kata bapanya P Ramakrishnan kepada Malaysiakini .

NONE "Alat bantu pernafasan kini diletakkan di lehernya," kata Ramakrishnan.

Alat tersebut, dikenali sebagai ventilator dibuang daripada mulutnya tengah hari ini, menyebabkan Sanjeevan kini mula makan dan minum melalui mulut.

"Tetapi dia masih perlu beberapa hari sebelum dapat bercakap," katanya.

[Baca berita penuh]