Pengerusi National Feedlot Corporation (NFC) Mohamad Salleh Ismail membuat dua laporan polis berasingan terhadap anggota Parlimen Pakatan, iaitu Zuraida Kamaruddin (Ampang) dan Rafizi Ramli (Pandan) atas dakwaan memfitnah.

Ini berikutan laporan dalam Laporan Audit Negara 2010 merujuk kepada Pusat Fidlot Nasional dan bukan NFC.

NONE Salleh ( kiri ) berkata, kenyataan kedua-dua mereka yang menggambarkan NFC kucar kacir mencemaskan kerajaan serta masyarakat kewangan dan perniagaan; yang kemudiannya membawa kepada pembekuan dan kemudahan perbankan ditarik balik.

"Kami membuat laporan ekoran Laporan Audit Negara jelas merujuk kepad pusat itu dan bukan NFC.

"AG juga mengeluarkan kenyataan media untuk menjelaskan perkara itu," katanya.

[Baca berita penuh]