Kamalanathan: Kes di SK Seri Pristana hanya 'masalah kecil'
Timbalan Menteri Pelajaran II P Kamalanathan berkata insiden pelajar yang dipaksa makan di bilik persalinan hanyalah “masalah kecil” berbanding sekolah lain yang menunjukkan prestasi baik dalam soal integrasi pelajar.
“Setakat semalam kita ada 10,094 buah sekolah di negara ini. Kita ada 90 hingga 90 peratus yang c cemerlang dalam soal integrasi nasional.
“Di sini kita ada satu sekolah; satu orang, yang tidak mengikut dasar. Kita tidak boleh kata seluruh sistem persekolahan begitu,” katanya.
Tambahnya, bahagian disipilin kementerian menyiasat guru besar sekolah terbabit, Moohd Nasir Mohd Nor atas pelbagai aduan berhubung kes tersebut.
Namun beliau masih belum diberi taklimat berhubung perkara itu, kata Kamalanathan dalam satu forum pendidikan di Kuala Lumpur hari ini.

